emm..agak pelik kn tajuk post aku kali ni?sbnonye aku dah agak lama tinggal sejarah baca novel ni..lagi2 novel melayu..dulu masa time sekolah menengah dulu sempat jugakla blaja baca novel…mostly novel yang berlatarkan cinta, persahabatan dan alam remaja yang biasanya dikaitkan dengan smua yang indah dengan nama2 watak yang kadang2 amat susah nak aku sebut sebab smpai 3,4patah perkataan untuk satu watak…latar hidup watak2 pulak lebih kepada dunia korporat, hero heroinnya mestilah lulusan luar negara, digambarkan sebagai sempurna..kebanyakannya tentang cinta yang tak dapat restu keluarga atau persaingan dunia korporat yang selalunya keparat…eh, panjangla pulak mukadimahnye..hehhe…
sebenonye aku cuma nak kongsikan sedikit minat aku diz past few months…reading novels( walaupun sebenonye amik masa yg agak lama untukku habiskan satu novel…baca main2..)..penulisnya RAMLEE AWANG MURSHID..donno why, aku mula terpanggil untuk mengenal intisari karya beliau..semuanya bermula bila sepupuku ( yg memang gila novel ) beli satu karya beliau bertajuk SEMANGAT HUTAN…agak creepy tajuknya..tp isinya cukup padat..kisahnya mengenai sepasang adik beradik kembar tetapt amat berbeza perwatakan dan persekitaran mereka membesar..karya2 beliau lebih mejurus kepada hampir 80% thriller yang diselitkan unsur agama dan tidak dapat tidak, penambahan unsur cinta yang sememangnya asas kehidupan setiap manusia. lepas tu aku mula mencari permulaan dan pengakhiran perjalanan TOMBIROU..thriller ini bermula dengan RANGGAU, diikuti SEMANGAT HUTAN, kemudian TOMBIROU dan pengakhirannya dalam TOMBIROU TERAKHIR ..plot dan jalan cerita yang disusun nyata membuatkan aku semakin bersemangat menerokai hasil karya penulis novel thriller no.1 ni M’sia ini..
tapi untuk pst ni, aku nk cadangkan sesapa yg minat baca novel berunsur thriller ni untuk try selongkar rahsia 2 daripada novel beliau yang aku dh baca diz lately..try it korang mesti rasa susah nk stop baca smpai abes sebab jalan ceritanya memang terlalu kusut, buat korang tertanya2 tapi bila dah nak smpai penghujung, korang takkan terfikirpun penamatnya mcm tu..hehhe…thriller kn..?kke, the 1st 1 is…..:

1. HIJAB SANG PENCINTA : karya ni adalah karya penutup untuk trilogi BAGAIKAN PUTERI, berlatarkan zaman hang tuah,olahan cerita yang memang cukup menarik apabila manipulasi sejarah laksamana ulung dari Melaka dirangkaikan dengan kehadiran watak utamanya, Laksamana Sunan@ Saifudin yang digambarkan sebagai seorang pendekar dan hamba Allah yang sempurna berfirasat sufi..tapi penghujungnya nyata mampu buat airmata bergenang..pengakhiran yang tragis tetapi wajar.
**fav phrase : ” Sebagai manusia, kita sayang padamu.”

2. MIKHAIL : karya ni plak lebih kepada kisah pembunuh bersiri (sharpshooter) iaitu Mikhail yg membesar dalam pembohongan seorang perancang utama kesatuan antarabangsa yang berobjektif memporak-perandakan keamanan Asia yang lebih bersifat anti Islam malah menjadikan agama suci itu sebagai perisai perjuangan mereka dengan menjadikan ahli2 mereka sendiri kononnya sebagai pengganas Islam dr Tanah Arab. tapi kisahnya bukan hanya 1Mikhail tetapi Mikhail2 beridentiti kod peribadi masing2..mikhail utama bangkit membetulkan yang batil, menegakkan yang hak, menebus dosanya dengan menghapuskan mereka yang bertanggungjawab dengan me”mati”kan diri buat sementara..
**fav phrase :”mustahil mencari yang telah mati”
cukuplah 2novel dl..ni pn dh banyak sgt ni..hehhe…skng aku dlm usaha nk abiskn novel ke3ku untuk bulan ni-UNGU KARMILA.novel ni dh lama dlm pasaran tapi aku sememangnya baru terpanggil untuk menyusuri laluan thriller ni…next time, aku share psl karya ni ye..til then, don ever stop reading…!pendidikan sepanjang hayat, beb…!;p wassalam!